Buat anak-anak yang tengah melihat n3 ini .. orang tua berharap kita semue muhasabah balik diri kita ini . yang banyak silap yang kita lakukan kepada Allah .. Oleh itu ,orang tua ingin berkongsi degan anak-anak pasal malu ..
zaman ini semakin hilang sifat malu dalam diri kita pada zaman dulu tidak snggup keluar rumah ketika waktu malam , tidak melepak dekat warung kopi .. tapi sekarang anak makin berpusu-pusu keluar malam. lepak kat mall n macam-macam lagi... naik pening kepala ibu bapa ..degan tudungnya macam-macam fesyen ,degan solekannya ,bagaimana kita nak elakannya?..mari kta baca dibawah
TUDUNG TIGA SEGI ATAU TUDUNG SAJI
Bentuk tudung tiga segi ialah seperti yang dipakai oleh pelajar sekolah, manakala dua jenis tudung lilit iaitu kain selendang yang dililit di kepala atau tudung tiga segi tadi yang hujungnya dililit pada leher .
Merujuk semula kepada arahan Allah iaitu menutup rambut dan dada, maka apakah tidak terdedah bentuk dada anda sekiranya tudung tiga segi dililit di leher? Pada hal anda tahu jelingan lelaki selepas menatap muka anda akan menatap pula dada dan seluruh tubuh anda. Apakah anda rasa gelisah dan rasa tidak selesa atau anda rasa seronok pula bila mendapat perhatian?
Manakala bertudung saji pula ialah sepeti tudung saji makanan. Bukan semua makanan perlu di tudung, dan tudung saji ini Cuma sesekali digunakan bila diperlukan. Ini samalah seperti wanita yang sesekali memekai tudung. Bertudung kemas dalam majlis tertentu atau bertudung pergi kesekolah, tetapi di luar sekolah lain pula penampilanya pula.
MALU DAN SOLEKAN
MALU APABILA TIDAK BERSOLEK ATAU MALU UNTUK BERSOLEK?
Kata-kata ini saya petik dari sebuah akbar tempatan (Jun 2009).
”Saya sudah memakai purdah sejak lima bulan yang lalu. Saya tidak malu untuk mengaku , selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerna walaupun memekai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai setatus selaku pengasas produk kecantikan.
”kau kenalah pakai baju yang menampakan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus”, itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya adalah antara wanita akhir zaman yang dimaksudkan dalam hadis iaitu ’menutup aurat tetepi bertelanjang ’...... Pn Rozita, Pengasas produk kecantikan.
BERSOLEK-KECANTIKAN YANG TIDAK ORI?
Apakah tujuan sebenar wanita bersolek? Apakah lebih kepada kepuasan diri sendiri atau kepuasan orang lain? Anda mepunyai alasan yang tersendiri, tetapi jangan lupa berhias adalah salah satu senjata utama syaitan untuk merosakan wanita.
Bersolek yang paling asas ialah muka yang kelihatan fresh, sehingga bersolek untuk menggoda sesiapa sahaja yang melihat. Muka yang kesat nampak licin, tidak lawa menjadi lebih menawan dan yang sedia cantik bertambahlah kecantikannya.
wahai anak-anak kita sememangnya hidup dalam kemodenan tapi ini semua tidak akan kekal buat selama-lamanya termasuk diri kita ... wahai anak-anak ku mari kita lihat diri kita. bagaimana keadaan hidup kita ini?
mari kta renung-renungkan .. tepuklah dada tanyalah iman...


